Kerjaya sebagai Perunding Wasiat Amanah Raya Bhd.
Hubungi 019-232-5764 atau samatstar@gmail.com.

Saturday, April 12, 2008

WASIAT ISLAM (Bhg 3)

RISIKO MENINGGAL TANPA WASIAT

Dari Sudut Pentadbiran:
- Perlantikan Pentadbir yang tidak amanah/berpengalaman

- Berlaku makan harta secara tidak sah
- Kesukaran mengumpul maklumat

- Memerlukan dua penjamin untuk memohon surat kuasa

- Tuntutan harta sepencarian yang sukar
- Tempoh penyelesaian pusaka yang lama
- Kos pentadbiran yang tinggi akibat kerumitan

- Pertelingkahan keluarga

Dari Sudut Agama:
- Hutang simati tidak dapat dilunaskan
- Hak waris tidak tertunai

- Hukum faraid tidak dapat dilaksanakan
- Pembekuan harta

- Amalan tergantung antara langit dan bumi
- Roh terpenjara dikubur

Siapa yang perlu memiliki wasiat?

Semua individu yang berhasrat supaya hartanya dapat diagihkan dengan betul dan cepat harus memiliki dokumen wasiat, namun ianya amat wajar dilakukan oleh golongan berikut:
  • Mereka yang bimbang harta pusaka mereka terbeku atau tidak dapat diuruskan dengan licin dan tidak menepati syariat
  • Mereka yang memiliki harta
  • Mereka yang mempunyai hutang (kepada ALLAH dan manusia) yang belum dijelaskan
  • Lelaki yang berpoligami
  • Ibu dan bapa tunggal
  • Mereka yang mempunyai anak angkat / anak tiri
  • Mereka yang mempunyai anak dibawah umur 18 tahun
  • Muallaf
  • Datuk yang mempunyai cucu yang sudah kematian bapa
  • Mereka yang menjalankan perniagaan
  • Mereka yang ingin membuat amal jariah melalui wasiat
Sabda Rasulullah S.A.W:
" Jiwa orang yang beriman tergantung sehingga dilunasi hutangnya"
-Riwayat Tarmizi dan Ahmad

" Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara dikuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan oleh saudara maranya"
-Riwayat At-Tabrani

Friday, April 4, 2008

WASIAT ISLAM (Bhg 2)

Dokumen Wasiat:
Ialah satu dokumen rujukan penting selepas kematian seseorang yang menerangkan bagaimana harta peninggalan nya perlu ditadbir.Dari sudut pentadbiran, dokumen wasiat bolehlah ditakrifkan sebagai dokumen pentadbiran harta pusaka.

" Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat"
- hadis riwayat Ibnu Majah

Faedah memiliki Dokumen Wasiat:
- Melaksanakan sunnah Nabi Muhammad SAW
- Melantik Wasi yang amanah untuk mentadbir harta pusaka pewasiat
- Menjamin penyempurnaan hak dan tanggungan keatas harta seperti hutang, zakat, nazar,
haji dan lain2 yang tidak sempat di sempurnakan ketika hayat simati
- Mengelak pembekuan harta pusaka
- Mengelak penyelewengan dan persengketaan ahli-ahli waris
- Membela waris yang terdinding dari mendapat harta pusaka
- Memudahkan tuntutan harta sepencarian
- Beramal jariah melalui wasiat.



Wednesday, April 2, 2008

WASIAT ISLAM (Bhg 1)


Wasiat dari segi syarak bermaksud ikrar yang dibuat oleh seseorang semasa hayatnya keatas hartanya atau untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebaikan dan kebajikan atau apa-apa jua yang dibenarkan oleh syarak dan terlaksana selepas kematiannya, dengan niat suci mendapatkan keredhaan ALLAH SWT. Dua prinsip utama Wasiat ialah:
1. Nilai harta yang boleh diwasiatkan mestilah tidak lebih 1/3 daripada harta pusaka bersih selepas ditolak semua tanggungan seperti pengurusan jenazah, hutang dan harta sepencarian.
2. Wasiat hanya sah kepada bukan waris i.e mereka yang bukan penerima faraid.
JIka seseorang itu berwasiat dengan tidak mengikut prinsip diatas, persetujuan perlulah diperolehi dari kalangan ahli waris i.e penerima hak faraid. Persetujuan tersebut hendaklah diperolehi selepas kematian pewasiat. Didalam keadaan dimana tanpa wasiat, harta bersih simati akan diagihkan kesemuanya mengikut hukum faraid.